Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

SET ALAT BANTU MENGAJAR KE-2



Alat bantu mengajar yang kedua adalah 2 bekas botol plastik kosong. Sama ada saiznya sama atau tidak terpulang kepada guru, kerana objektif dalam pengajaran yang saya akan sampaikan adalah kemahiran menyukat isipadu cecair. bukan untuk memberi konsep cecair dan ruang.

         Selain 2 bekas kosong saya juga menggunakan beberapa cawan untuk dijadikan alat pengukur dalam unit bukan standard piawai. Ahkir sekali saya menggunakan jag pengukat 500ml untuk digunakan sebagai alat pengukur bagi murid yang cerdas.

        Saya tidak menggunakan jag penyukat bagi pelajar yang lemah. Ini adalah kerana objektif saya adalah diakhir pengajaran pelajar dapat mengukur cecair. walaupun murid yang lemah tidak diberi menggunakan jag penyukat, tetapi mereka diajar menyukat dengan unit bukan paiwai (cawan). Sama ada mengukur dalam unit standard piawai atau bukan piawai, ia adalah bergantung pada tahap murid-murid saya. Apa yang penting, kemahiran mengukat dapat dikuasai oleh anak murid saya mengikut kemampuan mereka. 

       Untuk penerangan lebih lanjut, sila lihat rancangan pengajaran saya yang menggunakan ABM set ke-2 terhadap pelajar yang lemah dan pelajar yang cerdas.

No comments:

Post a Comment