Subscribe Now: Feed Icon

Thursday, November 25, 2010

PENUTUP - Isipadu Cecair Tahun 2

Bermula dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang dikemukan oleh Jean Piaget (1896-1980), di susuli dengan video kekeliruan kanak-kanak dalam perbandingan isipadu cecair, saya hasilkan empat rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan dua set alat bantu mengajar. Walaupun rujukan saya banyak kepada teori konstruktisvisme, dalam rancangan pengajaran saya juga memasukkan elemen-elemen seperti masteri, kontekstual dan inkuiri-penemuan.

            Secara kesimpulan, kita perlu faham dengan teori pembezaan individu di mana kanak-kanak  adalah berbeza di sebabkan oleh faktor persekitaran dan faktor baka. Pada pendapat saya tiada satu pun teknik, kaedah atau modul pengajaran yang berkesan. Sebaliknya keberkesanan sesuatu pengajaran itu adalah terletak pada kesesuaian pelajar. Oleh itu kita sebagai guru perlu bijak dalam merancang pengajaran agar bersesuaian dengan minat dan aras pemikiran kanak-kanak.

Menurut Sabri Ahmad. et.al. (2006:6), dalam bukunya “Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik” menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang lama, tidak menarik dan sukar difaham oleh pelajar menjadi punca kegagalan mereka dalam matapelajaran tersebut.  Oleh itu adalah perlunya kita sebagai guru sentiasa mencipta pengajaran yang lebih berkesan dalam pembelajaran murid.

“Dalam pembelajaran matematik, Gagne (1970) telah menyatakan empat kategori yang harus dipelajari iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.” (Mok Soon Sang, 1995). Daripada petikan ini, kita harus memastikan pelajar menguasai, fakta seperti 1liter = 1000 mililiter, kemahiran menyukat isipadu cecair, konsep cecair memenuhi ruang, dan prinsip-prinsip isipadu cecair.
                                                                                                                                            Sekian,



“..tiada satu pun teknik, kaedah atau modul pengajaran yang berkesan. Sebaliknya keberkesanan sesuatu pengajaran itu adalah terletak pada kesesuaian pelajar.”
(Hasrul Daud 2010)

No comments:

Post a Comment