Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

Pengajaran Murid Lemah - ABM ke 2 - Isipadu Cecair Tahun 2

Tajuk :
Isipadu Cecair

Objektif :
Pada akhir pengajaran murid akan dapat:
i. Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan standard paiwai.

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i.  Mengukur  isipadu cecair dalam unit unit ukuran bukan standard paiwai
ii. Membandingkan isipadu dua bekas cecair

Alatan:
6 cawan, 2 bekas air

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah menguasai istilah "lebih banyak", "lebih sedikit", "separuh" dan "penuh",

KBKK  : Banding-beza

Nilai     : Displin dan Berkerjasama

Langkah-Langkah       :


Set Induksi :

     1.   Guru mempamirkan slaid cara mengukur isipadu cecair.
     2.   Sesi soaljawab guru dengan murid.

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran:

     1.  Murid diberi radas iaitu seperti gambar rajah dibawah.






      2. Murid diminta menyatakan kuantiti air yang manakah lebih banyak.






    3. Murid diminta menuang air kedalam cawan-cawan yang disediakan.





    4.  Murid mencatat bilangan cawan bagi setiap bekas cecair
    5.  Murid diminta menyatakan air yang manakah lebih banyak berdasar perbandingan bilangan cawan.



 
      6.  Guru memberi latihan pengukuhan kepada murid.


Penutup:

     1. Guru menyoal murid tentang isipadu.


Video Sebahagian dari Proses Pengajaran dan Pembelajaran

No comments:

Post a Comment