Subscribe Now: Feed Icon

Friday, November 26, 2010

Pengajaran Murid Cerdas - Set ABM Pertama - Isipadu Cecair


Tajuk   :
Isipadu Cecair

Objektif                       : Diakhir pengajaran murid akan dapat:
i.                    Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran standard paiwai.
ii.                  Membandingkan 2 isipadu cecair dalam ukuran unit bukan standard piawai dan standard piawai.

Hasil Pembelajaran      : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
 Mengukur dan membandingkan isipadu dua cecair dengan unit ukuran standard paiwai

Alatan   : 2 bekas air yang tidak sama saiz, 2 bekas air yang sama saiz, bikar 200ml

Pengetahuan sedia ada   Murid telah menguasai istilah "lebih banyak", "lebih sedikit," "separuh"," penuh,"  dan membaca ukuran air disilinder penyukat.

KBKK : Banding beza 

Nilai     : Berkerjasama, Displin


Langkah-Langkah       :

Set Induksi:
     1.   Guru mempamirkan slaid perbandingan isipadu 2 bekas cecair, dan cara mengukur isipadu cecair.
     2.   Sesi soaljawab guru dengan murid.

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran:

   1. Murid diberi radas iaitu seperti gambar rajah dibawah.

   2. Murid diminta menganggarkan kuantiti air yang manakah lebih banyak.



   3. Murid murid diminta menuang air kedalam 2 bekas yang sama saiz.




   4. Murid diminta menyatakan air yang manakah lebih banyak berdasarkan pemerhatian.



   5. Murid menuangkan kesemua air dalam bikar 200ml mengikut warna air.




   6. Murid membuat perbandingan berdasarkan bilangan bikar dan bacaan isipadu cecair.



   7. Guru menerangkan bahawa ketinggian bekas bukanlah penentu kuantiti air atau isipadu air.
   8. Murid diberi latihan pengukuhan.


Penutup:
   1. Guru menyoal Murid tentang isipadu cecair.




Video Sebahagian Proses Pengajaran dan Pembelajaran



No comments:

Post a Comment